Kata-kata yang indah ..


Cinta dan kasih sayang itu indah, jika ia diterap mengikut sunnah RASULULLAH S.A.W dan juga ikhlas kerana ALLAH S.W.T 

Allah tidak memberi kamu insan yang kamu mahu, tetapi Dia memberi insan yang kamu perlu. Untuk bantu kamu, sakiti kamu, tinggalkan kamu, cintakan kamu dan untuk menjadikan kamu insan yang sebenar-benarnya diri kamu ...

Kalau kita berubah untuk jadi baik kerana Allah , Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita :)

Biar putus cinta dengan MANUSIA , asalkan tak putus cinta dengan ALLAH , kerana ALLAH pasti akan menggantikannya dengan cinta yg lebih baik ...

Jangan cintakan orang yang tidak cintakan ALLAH , kerana jika mereka boleh tinggalkan ALLAH , mereka juga boleh tinggalkan kita..

Jangan terlalu berharap pada yg belum pasti, jangan pula terlalu bersedih pada yg telah berlalu pergi. Akan tetapi hargailah apa yg sudah disisi dan menanti, jangan menunggu ia turut pergi, baru nak menyesal di hati, namun ia sudah sia-sia buat diri sendiri.

Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka...

Rugilah seseorang perempuan itu apabila melepaskan seseorang lelaki yang kacak akhlaknya dan agamanya kerana terlalu kejar lelaki yang handsome wajahnya :)

Semua lelaki adalah SAMA KACAK, dan semua wanita adalah SAMA CANTIK namun yang paling kacak dan yang paling cantik antara mereka ialah yang paling BAIK IMAN DAN AKHLAKNYA ...

FOLLOWERS