Adam , Bukan karena banyaknya isterimu membimbangkan daku . Bukan karena sedikitnya bilanganmu merunsingkanku . Tetapi aku risau , gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu . Sejak dahulu telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu . Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini . Namun sebagai hamba Allah , Aku sayang padamu .
Adam , Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita . Kau diberi amanah mendidikku . Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku , memperhatikan dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi . Tetapi Duhai Adam , lihatlah dunia kini .
Apa yang telah terjadi terhadap kaumku ? Kini , Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu . Banyak yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan . Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah . Dijalan-jalan , dipasar , di bandar-bandar bukanlah tempatku . Jika terpaksa , aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki . Tapi realitinya kini , aku telah lebih dari yang sepatutnya .
Adam Mengapa kau biarkan daku begini ? Selayaknya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu . Tetapi kini , aku jadi ibu , guru dan aku jugalah yang memikul senjata . Padahal engkau duduk saja . Ada diantara kau yang menganggur tidak bekerja . Kau perhatikan saja aku naik tangga bambu . Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu ? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku ? Adam ...
Marahkah kau jika ku katakan terperosoknya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan ! Kenapa kau ? Bukankah orang sering bicara , Jika anak jahat maka ibu bapak yang tidak pandai mendidik , Jika murid bodoh , guru tidak pandai mengajar . Jadi secara formulanya , Aku salah , kaulah penyebabnya !!!
Adam , Kau selalu mengatakan , Hawa memang degil ! Tidak mahu dengar kata ! Tidak mudah makan nasihat ! Kepala batu ! Tetapi duhai Adam , Seharusnya kau bertanya kepada dirimu , Siapakah teladanmu ? Siapakah rujukanmu ? Dalam mendidik aku yang lemah ini . Adakah teladanmu Muhammad s.a.w ? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w ? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa ?
Adam , Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu . Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir . Jika kau benar maka benarlah aku . Jika kau lalai , lalailah aku . Lupakah kau duhai Adam ? Kau punya satu kelebihan anugerah Allah . Akalmu sembilan , nafsumu satu . Dan aku , akalku satu nafsuku beribu !
Dari itu Adam , gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku . Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai . Seringkali aku tergelincir . Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah . Perdengarkanlah aku kalimah syahdu dari Allah agar duniaku sentiasa dijalan rahmah . Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah subhana wataala . Adam , Andainya kau masih lalai keranamu sendiri . Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda . Masih gentar mencegah mungkar . Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah . Malulah engkau Adam . Malulah engkau pada dirimu sendiri .
Oh sayangku Hawa … Ketahuilah … Hatiku tidak sepanas api neraka kerana kasih Allah yang ada pada diriku , masih sesejuk syurga yang dulu pernah kita tinggal bersama … Hawa kekasihku …. kerana Allah itu maha mengetahui maka Allah ciptakan kamu buatku , kerana tanpa kau siapakah aku didunia ini ? . Kerana ketentuan Allah kita bersama merasai kebahagiaan di syurga dan kerana kelemahan kita dulu , kita diusir dari syurga dan suatu ketika kita akan pulang ke syurga kembali andaikata kita menjaga ketaatan kita didunia ini . Tapi Hawa , jika dirimu masih menyayangi dunia dan menderhakai Allah , maka tak dapat kita bersama disana . Hawa sayangku … ketahui
“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN
DAN
SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”