Apa itu cinta ?

Tiba-tiba , terlihat wajah kekasih ,
Tiada sepatah kata yang terucap daripada lidah ,
Cinta mula membara daripada pandangan mata ...

Bagaimana cinta bermula ?

Apabila kita mengungkapkan perkataan cinta , pasti tergambar rasa yang indah . Bagaikan gambaran kasih sayang antara dua insan , suami dan isteri , anak dan ibubapa . Adakah hanya ini yang dimaksudkan cinta ? Pada hakikatnya , cinta membawa pengertian yang luas .

Setiap orang berhak mendefinasikan cinta mengikut penilaian yang berbeza . Pada guru , mungkin mereka mengaitkan cintanya kepada muridnya dengan ungkapan , " bagai lilin membakar diri " . Pada ahli perniagaan , mungkin mereka membandingkn cinta dengan nilai wang , dan harga cinta melebihi nilai seluruh isi bumi . Pada doktor pula , mungkin menyifatkan cinta itu adalah racun dan penawar . Malah , di medan pertempuran juga tidak ketinggalan mendefinasikan cinta dan meluahkan dalam ungkapan , " cintamu membakar semangat juangku "

Secara umumnya , cinta menjelaskan perasaan syang yang tersimapan dalam hati , rasa yang ingin dikongsi , dan diluahkan kepada insan lain yang disukai . Perasaan itu mendesak pemiliknya membuktikan kasih kepada insan yang dikasihi . Cinta menerbitkan rasa ingin berkorban supaya insan yang dikasihi membalas kasih yang dicurahkan .

Ada lelaki begitu tertarik kepada wanita yang bijak dan cantik . Bagi memenangi hatinya , lelaki itu sanggup mengubah imej supaya dapat bersaing dengan lelaki lain . Mereka mula mengubah gaya rambutnya mengikut trend terkini , dan memilih pakaian berjenama dengan tujuan memperlihatkan kemewahan yang dimiliki . Penampilan diri mereka kelihatan semakin tampan dan bergaya . Semuanya dilakukan semata-mata bagi memikat hati wanita yang diminatinya .

Wanita yang terpaut hati pada lelaki tampan pula , bersungguh-sungguh muncul di hadapan lelaki itu dengan niat menarik perhatiannya . Hanya dengan sekali sapaan daripada mulut lelaki yang diminatinya , tidak mustahil wanita itu sudah merasakan dirinya juga diminati kembali . " Saya suka melihat awak tersenyum . " Wanita itu pasti menyangka lelaki itu sudah terpaut hati kepadanya , lalau wanita itu terus menjadi gila bayang .
Demikian adalah keadaan apabila cinta hadir dalam diri . Perkataan cinta itu membawa erti al-mahabbah iaitu kasih sayang . Cinta wujud dalam hati insan , lalu menerbitkan rasa suka dan tertarik kepada siapa sahaja . Perasaan cinta yang terbit itu , pada awalnya dirasakan bersih . Kemudian semakin dilayan , beransur-ansur membara , meluap-luap , dan akhirnya menjadi gelojak perasaan yang mendesak , supaya dapat bertemu dan berada hampir dengan insan yang disukai .

Dr. Abdullah Nasih Ulwan , pakar pendidikan Islam mentafsirkan , cinta sebagai perasaan yang menerbitkan perasaan supaya mencintai kekasih dengan lembut dan kasih sayang .

Al-Ghazali pula menyifatkan cinta sebagai unsur yang menyenangkan dan memberikan tarikan dalam hati manusia .

Manakala Ibnu Qayyim al-Jauziyah meyebut , cinta itu adalah perasaan suci , tenang , dan mengasyikkan . Beliau berkata lagi , sekiranya manusia jatuh cinta , mereka memiliki rasa rindu dan sentiasa mengingati orang yang dicintai .


Manusia pasti ada cinta , 
Cinta melengkapkan hidup ,
Dunia tandus tanpa cinta ,
Hati pun beku dan mati .

FOLLOWERS