Surat Hawa untuk Adam . Adam untuk Hawa


Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu . Sesungguhnya aku adalah hawa , temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu . Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok . Jadi , tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu . Adam , Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih banyak jumlahnya dari kaummu dikala akhir zaman ini . Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya , kerana andainya Allah mentakdirkan jumlah kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia . Kacau bilau suasana Adam sesama Adam bermusuhan hanya kerana Hawa . Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil . Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga . Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa .

Adam , Bukan karena banyaknya isterimu membimbangkan daku . Bukan karena sedikitnya bilanganmu merunsingkanku . Tetapi aku risau , gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu . Sejak dahulu telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu . Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini . Namun sebagai hamba Allah , Aku sayang padamu .

Adam , Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita . Kau diberi amanah mendidikku . Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku , memperhatikan dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi . Tetapi Duhai Adam , lihatlah dunia kini .

Apa yang telah terjadi terhadap kaumku ? Kini , Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu . Banyak yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan . Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah . Dijalan-jalan , dipasar , di bandar-bandar bukanlah tempatku . Jika terpaksa , aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki . Tapi realitinya kini , aku telah lebih dari yang sepatutnya .

Adam Mengapa kau biarkan daku begini ? Selayaknya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu . Tetapi kini , aku jadi ibu , guru dan aku jugalah yang memikul senjata . Padahal engkau duduk saja . Ada diantara kau yang menganggur tidak bekerja . Kau perhatikan saja aku naik tangga bambu . Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu ? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku ? Adam ...

Marahkah kau jika ku katakan terperosoknya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan ! Kenapa kau ? Bukankah orang sering bicara , Jika anak jahat maka ibu bapak yang tidak pandai mendidik , Jika murid bodoh , guru tidak pandai mengajar . Jadi secara formulanya , Aku salah , kaulah penyebabnya !!!

Adam , Kau selalu mengatakan , Hawa memang degil ! Tidak mahu dengar kata ! Tidak mudah makan nasihat ! Kepala batu ! Tetapi duhai Adam , Seharusnya kau bertanya kepada dirimu , Siapakah teladanmu ? Siapakah rujukanmu ? Dalam mendidik aku yang lemah ini . Adakah teladanmu Muhammad s.a.w ? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w ? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa ?

Adam , Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu . Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir . Jika kau benar maka benarlah aku . Jika kau lalai , lalailah aku . Lupakah kau duhai Adam ? Kau punya satu kelebihan anugerah Allah . Akalmu sembilan , nafsumu satu . Dan aku , akalku satu nafsuku beribu ! 

Dari itu Adam , gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku . Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai . Seringkali aku tergelincir . Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah . Perdengarkanlah aku kalimah syahdu dari Allah agar duniaku sentiasa dijalan rahmah . Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah subhana wataala . Adam , Andainya kau masih lalai keranamu sendiri . Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda . Masih gentar mencegah mungkar . Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah . Malulah engkau Adam . Malulah engkau pada dirimu sendiri  .

Oh sayangku Hawa … Ketahuilah … Hatiku tidak sepanas api neraka kerana kasih Allah yang ada pada diriku , masih sesejuk syurga yang dulu pernah kita tinggal bersama … Hawa kekasihku …. kerana Allah itu maha mengetahui maka Allah ciptakan kamu buatku , kerana tanpa kau siapakah aku didunia ini ? . Kerana ketentuan Allah kita bersama merasai kebahagiaan di syurga dan kerana kelemahan kita dulu , kita diusir dari syurga dan suatu ketika kita akan pulang ke syurga kembali andaikata kita menjaga ketaatan kita didunia ini . Tapi Hawa , jika dirimu masih menyayangi dunia dan menderhakai Allah , maka tak dapat kita bersama disana . Hawa sayangku … ketahuilah syurga disana bukan milik kita , tapi milik semua kekasih Allah . Hawa … ketahuilah bila aku memandang mu , aku takut kerana ramai antara kaum mu dimasukkan neraka , kerana tertipu keindahan dunia yang sekejap ini … Hawa … inginku katakan luahan hatiku agar kau dan aku sentiasa bahagia selalu , dengarlah wahai sayangku Hawa , ketahuilah aku tak mampu membimbing mu dengan kata-kata dan sifatku sendiri kerana aku juga lemah , tapi jika kau sentiasa berpegang teguh dengan kalimah Allah dan Rasul kau akan selamat selama-lamanya . Jika aku terlupa membimbingmu , kau tegurlah diriku . Kerana kau dan aku sama disisi Allah kecuali Takwa antara kita … Hawa … ku tahu ramai kaummu telah berjaya , tapi kau harus berfikir juga , kerana tanpa kasih sayang dari kaumku kau takkan memperoleh kejayaan ini . Walaupun kaum mu dijulang kini , tapi kenapa kederhakaan masih bersama kejayaanmu ? Ingatlah sayangku … Hawa , tiada kejayaan dengan sentiasa melakukan kederhakaan . Kerana kejayaan itu milik kepatuhan dan ketaatanmu kepada Allah . Kau seakan-akan menghina kaumku hawa , bukan semua kaum ku menggangur , kau tahu juga kerana kasihan pada kaum mu yang ramai , kaumku sanggup menggangur , kerana rezeki itu milik Allah maka kaumku masih bergerak di bumi Allah , tapi mungkin kerana belum ada rezeki , kaum ku redha dan masih berdoa , mungkin ada hikmah dibalik ujian Allah . Hawa…. ketahuilah kaumku sentiasa puji ketabahan mu , tapi kau harus memahami keadaan kaumku juga , karena masih ada diantara kaummu yang tidak bersabar dan yang ingin kemewahan dari kesederhanaan , ini berlaku disebabkan godaan iblis dan nafsu yang sentiasa menganggu kaummu dan kaumku .. Aku tahu Nabi Muhammad s.a.w juga dari kaumku , dia adalah kekasih Allah sedangkan kaumku adalah kaumnya juga . Kerana dia kekasih Allah apakah kau tak cemburu hawa ? Apakah ingin kau menjadi kekasih Allah ? Masih ada jalan dan ikhtiar jika kau mahu , oleh itu ku harap kaummu ikuti segala yang dibawa oleh kekasih Allah itu …. semoga kita hidup berkekalan di syurga , hasil dari ketaatan kita di dunia ini … Hawa … tak perlulah kau terlalu takjub tentangku , jika kaumku terlupa tegurlah , ingatkanlah , sama-samalah kita saling mengingatkan . Semoga kita dapat mencari keredhaan Illahi dan kita sentiasa berdoa agar Allah membuka pintu hidayahnya buat kita semua .. 


“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN
DAN
SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH” 


Apa itu cinta ?

Tiba-tiba , terlihat wajah kekasih ,
Tiada sepatah kata yang terucap daripada lidah ,
Cinta mula membara daripada pandangan mata ...

Bagaimana cinta bermula ?

Apabila kita mengungkapkan perkataan cinta , pasti tergambar rasa yang indah . Bagaikan gambaran kasih sayang antara dua insan , suami dan isteri , anak dan ibubapa . Adakah hanya ini yang dimaksudkan cinta ? Pada hakikatnya , cinta membawa pengertian yang luas .

Setiap orang berhak mendefinasikan cinta mengikut penilaian yang berbeza . Pada guru , mungkin mereka mengaitkan cintanya kepada muridnya dengan ungkapan , " bagai lilin membakar diri " . Pada ahli perniagaan , mungkin mereka membandingkn cinta dengan nilai wang , dan harga cinta melebihi nilai seluruh isi bumi . Pada doktor pula , mungkin menyifatkan cinta itu adalah racun dan penawar . Malah , di medan pertempuran juga tidak ketinggalan mendefinasikan cinta dan meluahkan dalam ungkapan , " cintamu membakar semangat juangku "

Secara umumnya , cinta menjelaskan perasaan syang yang tersimapan dalam hati , rasa yang ingin dikongsi , dan diluahkan kepada insan lain yang disukai . Perasaan itu mendesak pemiliknya membuktikan kasih kepada insan yang dikasihi . Cinta menerbitkan rasa ingin berkorban supaya insan yang dikasihi membalas kasih yang dicurahkan .

Ada lelaki begitu tertarik kepada wanita yang bijak dan cantik . Bagi memenangi hatinya , lelaki itu sanggup mengubah imej supaya dapat bersaing dengan lelaki lain . Mereka mula mengubah gaya rambutnya mengikut trend terkini , dan memilih pakaian berjenama dengan tujuan memperlihatkan kemewahan yang dimiliki . Penampilan diri mereka kelihatan semakin tampan dan bergaya . Semuanya dilakukan semata-mata bagi memikat hati wanita yang diminatinya .

Wanita yang terpaut hati pada lelaki tampan pula , bersungguh-sungguh muncul di hadapan lelaki itu dengan niat menarik perhatiannya . Hanya dengan sekali sapaan daripada mulut lelaki yang diminatinya , tidak mustahil wanita itu sudah merasakan dirinya juga diminati kembali . " Saya suka melihat awak tersenyum . " Wanita itu pasti menyangka lelaki itu sudah terpaut hati kepadanya , lalau wanita itu terus menjadi gila bayang .
Demikian adalah keadaan apabila cinta hadir dalam diri . Perkataan cinta itu membawa erti al-mahabbah iaitu kasih sayang . Cinta wujud dalam hati insan , lalu menerbitkan rasa suka dan tertarik kepada siapa sahaja . Perasaan cinta yang terbit itu , pada awalnya dirasakan bersih . Kemudian semakin dilayan , beransur-ansur membara , meluap-luap , dan akhirnya menjadi gelojak perasaan yang mendesak , supaya dapat bertemu dan berada hampir dengan insan yang disukai .

Dr. Abdullah Nasih Ulwan , pakar pendidikan Islam mentafsirkan , cinta sebagai perasaan yang menerbitkan perasaan supaya mencintai kekasih dengan lembut dan kasih sayang .

Al-Ghazali pula menyifatkan cinta sebagai unsur yang menyenangkan dan memberikan tarikan dalam hati manusia .

Manakala Ibnu Qayyim al-Jauziyah meyebut , cinta itu adalah perasaan suci , tenang , dan mengasyikkan . Beliau berkata lagi , sekiranya manusia jatuh cinta , mereka memiliki rasa rindu dan sentiasa mengingati orang yang dicintai .


Manusia pasti ada cinta , 
Cinta melengkapkan hidup ,
Dunia tandus tanpa cinta ,
Hati pun beku dan mati .

FOLLOWERS