Sejauh mana benar COUPLE itu halal

Sabda Rasulullah s.a.w 

" Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk , tiga di dunia dan tiga di akhirat . Yang di dunia , zina akan menghilangkan kegembiraan , menyebabkan fakir dan mengurangi
umur sedangkan keburukan di akhirat nanti , zina menyebabkan pelakunya diazab , dihisab secara ketat dan kekal di neraka . "

-Hadis riwayat Baihaqi-

SYAITAN akan cuba menggunakan 1001 muslihat untuk menghalalkan apa yang haram . Apa yang lahir dari mulut seorang pelaku zina adalah hasil dari bisikan SYAITAN yang tak henti-henti ingin menyesatkan umat Nabi Muhammad SAW . 

Apa benar couple itu halal ? Bukankah ia haram ? 

KENAPA ?

- kerana ia menghampiri zina

TAPI KAMI TAK BERZINA !

- Maaf pada mulanya . Saya tidak kata awak berzina tapi awak telah cuba untuk menghampiri zina .

KAMI TAK BUAT APA-APA PUN . JUMPA-JUMPA JE . TAKKAN TU PUN BERZINA KOT ?

- Itulah yang saya cakap . Kalian telah menghampiri zina . Perbuatan yang kalian lakukan itu mampu menjerumus ke arah lembah perzinaan .

KAMI TAK SETERUK TU . IMAN KAMI MASIH KUAT , KAMI MAMPU KAWAL PERASAAN MASING-MASING .

- Mungkin harini anda boleh kata macam tu . Bagaimana dengan esok dan hari seterusnya ? Ingat , Syaitan Laknatullah itu mempunyai banyak muslihat . Jangan bermain dengan api , takut kelak termakan diri . Iblis dan Syaitan takkan pernah berputus asa . Tujuan mereka hanya satu , Ingin menyesatkan kita . Jadi , kenapa perlu ambil jalan yang mampu memudaratkan kita ?

TAK SEMESTINYA MACAM TU . ADA ORANG COUPLE TAPI TAK JUMPA PUN .  MESSAGE DAN ON THE PHONE AJE .

- Sekarang belum berjumpa , tapi lambat laun akan bersua muka juga atas desakan nafsu . Jangan menafikannya . Perasaan untuk bertemu pasti sangat bergelora . Bila dah bertemu , takkan sekali . Percayalah , ia akan membawa kepada pertemuan untuk kedua , ketiga dan seterusnya .

KAMI CUMA NAK BERBUAL JE . JANJI TAKKAN LEBIH-LEBIH . TAKKAN TU PUN ZINA JUGAK ?

- Ketahuilah zina itu ada bermacam jenis . Zina mata ( melihat kekasih dengan nafsu ) , Zina hati ( Khayalan bermesra dengan kekasih ) 

Sepertimana hadis ini :
Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh . Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan) . Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud) . Sebenarnya jalan dan lorong menuju kpd perzinaan amat banyak . Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kpd perzinaan .

TAKKAN TAK ADA LANGSUNG SEDIKIT RUANG UNTUK BERCINTA DALAM ISLAM ? KENAPA HARUS MENIDAKKAN NALURI MANUSIA ?

- Islam tidak menidakkan naluri manusia mahupun fitrah . Bercinta itu boleh , tapi biarlah kena dengan caranya . Couple adalah cara barat dan tidak sepatutnya dicontohi oleh umat Islam . Bercinta dengan cara Islam ? Jawapannya adalah Nikah . Dan hanya nikah yang mampu menghalalkan cara anda bercinta . Nafsu yang dicipta bukan untuk dibunuh dan terus dilenyapkan tapi untuk dikawal agar dapat merasa kemanisan sebenar bercinta . Tambah-tambah lagi , Bercinta Selepas Nikah . Perkahwinan itulah cinta sakral dan qudus 

Sabda Rasulullah SAW :
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah
(Ibni Majah)

ALAH, KALAU TAK BERCINTA SEBELUM KAHWIN , MACAM MANA KITA NAK TAHU PERANGAI SEBENAR DIA ? ENTAH BAIK ENTAH TIDAK .

- Jadi kamu sangka perwatakan seseorang semasa bercinta itu adalah benar ? Usah bermimpi . Bercinta penuh dengan lakonan dan sandiwara . Masing-masing akan cuba untuk menjadi yang TERBAIK sewaktu bersama-sama pasangannya . Masa bercinta adalah rekaan semata-mata . Percintaan adalah suatu kepura-puraan yang hipokrit . 

NAK TANYA LA SIKIT , ADIK ANGKAT/ABANG ANGKAT/KAKAK ANGKAT GANTI BERCINTA . BOLEH ?

-  Di antara lelaki dan perempuan itu ada satu benteng . Berangkat-angkat tu maknanya tetap sama seperti bercinta . Kulitnya nampak berlainan , tapi, hakikatnya masih sama . MASIH SAMA . Manusia yang mengamalkan budaya 'angkat' ni sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan . Tinggal waktu untuk dikorbankan. 


30 Perkara Perempuan Yang Lelaki Harus Tahu !

Awak kena tahu nie tau ;)

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

FOLLOWERS