Subhanallah..Allah Akhbar...Keajaiban di peperangan Gaza !



Subhanallah..Allah Akhbar......
Keajaiban di peperangan Gaza ! 

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma , Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu .Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza :

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid G
aza berkata pada Ustaz Zaik bahawa , ketika satu pertempuran , komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka . Dengan berbekalkan baki 6 RPG , tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia . Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya . Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran . Setelah habis adegan aneh itu , para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan ! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu ??? Allahu Akhbar !

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau ! Siapakah yang berbaju putih itu ???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya .

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri ! Ia berpatah balik !
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang , roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan , tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia . Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan , seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya . Ulama itu berkata , "Wahai Rasulullah , ke mana kamu mahu pergi ?" , lalu baginda menjawab , "Aku mahu berperang di Gaza !!!" .
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan . Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui .
Allahu Akbar !!!

Al-Fatihah Untuk Saudara Islam Kita Yang Terkorban.. 

FOLLOWERS