Ya ALLAH ! Jadikan aku wanita solehah :')

Hati seorang muslimah..Ya Allah , jadikan aku seteguh wanita solehah itu...

KEUNGGULAN MUKMINAH
Aku ingin menjadi 
SITI KHADIJAH

menjalin agung sebuah cinta
menafkahkan hartanya fisabilillah
aku ingin sezuhud 
FATIMAH

akur tanpa jelak setiap perintah
aku mengagumi dan mahukan
gedung ilmu 
SITI AISHAH
aku ingin menyelami ketabahan 
SITI HAJAR


menggendong puteranya yang masih merah

di tanah padang pasir yang merekah
bukannya aku ingin menjadi wanita penggoda
fitrah daripada sejarah SITI ZULAIKHA

pun jiwaku ingin sekudus 
RABIATUL ADAWIYAH

tenggelam asyik dalam kenikmatan ubudiah
biar tersingkap segala hijab
dua cinta takkan bersatu dalam satu hati

lantas ku serah cinta ini
untuk yang MAHA MENGASIHI

pasrahku pada mennah perjuangan
bagai cekalnya hati 
ZAINAB AL-GHAZALI
terluka, terseksa, terpenjara
terkurung jasadnya di celahan jeriji kaku
teguh istiqamah menjunjung aqidah dakwah
demi islam bukannya menyerah galang-gantinya

atau setidaknya aku mengimpikan
hidup semulia 
MARYAM JAMEELAH
berteman pena menongkah arus kepayahan
ruh jihad ini perlu disemarakkan
dan biarlah aku yang menyemarakkannya
redhalah aku...redhalah aku
redhalah aku menjadi sayap kiri perjuangan
kan ku teguh menatang serikandi ummah
hanya kerana islam merindui
kemunculan peribadi
mukminah, muslimah, mujahadah
yang rela mati dalam keunggulan iman
terpanggung gagah bagai harumnya pusara 
MASYITAH 
TIKA ITU ISLAM KAN KU DAULATKAN


"Ya Allah ! Jadikanlah aku bunga idaman para mujahid ... bunga idaman agama ! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran . Jadikanlah aku wanita solehah , wanita mukminah !" Moga diriku seperti Khadijah , Masyitah , Aisyah , Muthiah dan Ainul Mardiah ! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam...



FOLLOWERS