^_^



Saat mula mengenali dirinya ,
Diriku seakan bahagia ,
Tiada setitis mutiara jatuh ke riba , kehadirannya mampu membawa cahaya.
Hadirnya dalam hidupku ,
Mampu mengubat hatiku yang pilu ,
Mampu menghapus kenangan sendu suatu ketika dahulu ,
Yang membiarkan aku terus hanyut dibuai rindu palsu .
Cinta bertepuk sebelah tangan , 

Ayat yang sesuai dijadikan ungkapan ,
Kerana berperangnya hati dan perasaan ,
Menyuruhku melupakan dia dan menghapus segala kenangan .
Walaupun kekadang diri terasa bahagia ,

Namun derita juga kian menghimpit dada ,
Saat ku melihatnya ,
Terasa hatiku seakan-akan dihiris olehnya ,
Seringkali aku merasakan seperti diriku ditertawakan ,

Apabila melihatnya bersama teman-teman , 
Manik-manik jernihku bertaburan seperti air hujan ,
Hatiku berbicara , mengingatkan aku ini adalah suatu ujian .
Aku sakit dan patah hati , 
Aku tak mahu berangan lagi , 
Aku nak lari dari semua ini , 
Hingga aku temui cinta sejati .
Niat tidak boleh menghalalkan cara ,

Kerana ape yang haram tetap haram disisiNya ,
Aku ingin dicintai dan mencintai dengan redhaNya ,
Kerana disitulah akan hadir segunung rahmatNya .
Aku tahu aku bukanlah hamba yang sempurna ,

Aku berasa tidak sempurna tanpa cintanya ,
Namun, tanpa cintaMu Ya Allah hidupku lebih tidak sempurna ,
Haruskah aku melupakan perasaanku terhadapnya ?
Ya Allah , Ya Tuhanku , 

Aku ingin sekali menariknya untuk mencintaiMu dan agamaMu ,
Berdoa agar dia cintaiku keranaMu ,
Mengharap dia mendapat rahmat dan syurgaMu .
Ya Muhaimin ,

Aku mengharap doaku diperkenankan ,
Supaya dia dan aku berjaya mendapat JannahMu ,
Agar bahagia dia meneruskan kehidupannya.
Ya Rabbana ,
Sampaikan pesananku kepadanya ,
Kau berikanlah cahaya hidayahMu kepadanya ,
Kau berikanlah aku kekuatan untuk melupakannya ,
Kau hapuslah ingatanku terhadapnya ,
Sehingga aku tahu dialah jodohku selamanyaa.
Amin.

Kata-kata yang indah ..


# Cinta dan kasih sayang itu indah, jika ia diterap mengikut sunnah RASULULLAH S.A.W dan juga ikhlas kerana ALLAH S.W.T 

# Allah tidak memberi kamu insan yang kamu mahu, tetapi Dia memberi insan yang kamu perlu. Untuk bantu kamu, sakiti kamu, tinggalkan kamu, cintakan kamu dan untuk menjadikan kamu insan yang sebenar-benarnya diri kamu ...

# Kalau kita berubah untuk jadi baik kerana Allah , Allah akan hantar orang-orang yang baik untuk bersama-sama kita :)

# Biar putus cinta dengan MANUSIA , asalkan tak putus cinta dengan ALLAH , kerana ALLAH pasti akan menggantikannya dengan cinta yg lebih baik ...

# Jangan cintakan orang yang tidak cintakan ALLAH , kerana jika mereka boleh tinggalkan ALLAH , mereka juga boleh tinggalkan kita..

# Jangan terlalu berharap pada yg belum pasti, jangan pula terlalu bersedih pada yg telah berlalu pergi. Akan tetapi hargailah apa yg sudah disisi dan menanti, jangan menunggu ia turut pergi, baru nak menyesal di hati, namun ia sudah sia-sia buat diri sendiri.

# Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka...

# Rugilah seseorang perempuan itu apabila melepaskan seseorang lelaki yang kacak akhlaknya dan agamanya kerana terlalu kejar lelaki yang handsome wajahnya :)

# Semua lelaki adalah SAMA KACAK, dan semua wanita adalah SAMA CANTIK namun yang paling kacak dan yang paling cantik antara mereka ialah yang paling BAIK IMAN DAN AKHLAKNYA ...

FOLLOWERS